BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

KPLB umum pelantikan lima pengerusi agensi di bawahnya


PUTRAJAYA, 1 Mei -- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengumumkan pelantikan pengerusi bagi lima agensi di bawahnya untuk tempoh sehingga 30 April 2022.

Pelantikan itu melibatkan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara); Ahli Parlimen Jempol Datuk Mohd Salim Sharif sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda); Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (Kesedar).

Ahli Dewan Negara Datuk Razali Idris pula dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Terengganu Tengah (Ketengah) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permas Datuk Che Zakaria Mohd Salleh sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Johor Tenggara (Kejora).

KPLB dalam kenyataan hari ini memberitahu menterinya Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menyampaikan surat watikah pelantikan kepada kelima-lima pengerusi baharu itu selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Pelantikan dibuat setelah mengambil kira keupayaan kepimpinan, pengalaman dan sumbangan mereka kepada rakyat," menurut kenyataan itu. 

Menurut KPLB, kuasa melantik pengerusi dan lembaga pengarah Badan Berkanun Persekutuan (BBP) oleh menteri dinyatakan dalam Akta Tubuh agensi-agensi berkenaan dan dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998.
Menurutnya berdasarkan pekeliling itu pelantikan Pengerusi dan Lembaga Pengarah di kalangan ahli politik, perlu mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri. 

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »