BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kotai tular di Media Sosial

KUCHING, 9 Mei: Video seorang pemuda cacat penglihatan dari Simunjan yang mempersembahkan nyanyian lagu Hari Raya telah memukau netizen sehingga mencatatkan sebanyak 80,000 tontonan sejak 2 Mei lepas.

Video terbabit yang sedang viral di laman sosial Facebook, Up To You-Malaysia tidak memberikan butiran mengenai video terbabit dan hanya menyatakan ianya bakat istimewa dan meminta netizen memviralkannya dan mungkin ini rezekinya.

Pemuda terbabit dikenali hanya sebagai "Kotai" mempersembahkan lagu berjudul "Dari Jauh Ku Pohon Maaf" dipopularkan Sudirman secara santai sambil bermain gitar dan kelihatan bersama rakannya ditepi rumah. 

Video terbabit telah mendapat reaksi yang amat baik dari ramai netizen dan ada mengaku merasa sedih sehingga menangis melihat persembahan nyanyian pemuda terbabit.
tamat



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »