BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kontraktor Tidak Patuhi Sop Berdepan Tindakan Tegas

KUALA LUMPUR: Semua kontraktor yang memulakan semula operasi dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Menteri Kanan Infrastruktur dan Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, pematuhan SOP berkenaan penting bagi menjamin keselamatan pekerja dan mengelak penularan jangkitan COVID-19 di tapak pembinaan serta kawasan persekitarannya. 

“Kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal pematuhan SOP dengan tindakan tegas termasuk menutup tapak pembinaan serta menarik semula kebenaran beroperasi akan dikenakan terhadap kontraktor yang gagal mematuhi SOP sehingga membawa kepada penularan COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, SOP berkenaan termasuklah dengan memastikan semua pekerja warga asing dihantar untuk menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan bebas dari jangkitan sebelum boleh mula bekerja. 

Katanya, semua semua pekerja terbabit perlu diperiksa dan direkodkan suhu mereka sebelum masuk ke tapak pembinaan setiap hari, dan apa juga gejala yang dikesan menerusi saringan harian yang dibuat perlu dilaporkan kepada Pejabat Kesihatan berdekatan untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, sebuah tapak pembinaan di Jalan Ampang ditutup serta-merta selepas 28 28 pekerja tapak pembinaan warga Bangladesh didapati positif COVID-19 di tapak berkenaan.Pe

Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut ditempatkan dipintu masuk tapak pembinaan terbabit bagi mengawal pergerakan seperti diperuntukkan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ( Akta 342)

Seramai 489 pekerja telah disaring ujian COVID-19, setelah Jabatan Kesihatan menerima laporan mengenai seorang penghuni rumah kongsi tersebut yang telah hadir mendapatkan rawatan di sebuah klinik.

Siasatan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) mendapati tapak pembinaan di Jalan Ampang itu belum memulakan operasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. 

Hanya beberapa pekerja telah ditugaskan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di tapak berkenaan.

CIDB telah mengaturkan operasi pemeriksaan ke rumah kongsi di tapak pembinaan terbabit pada 1 Mei 2020, bersama Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Semasa lawatan itu Jabatan Kesihatan telah mengeluarkan notis pemberhentian kerja dan menutup tapak pembinaan berkenaan selaras dengan Akta 342. 

Sejak sektor pembinaan dibenarkan beroperasi pada fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), CIDB telah menjalankan pemantauan harian untuk projek-projek pembinaan di seluruh negara. 

Di Kuala Lumpur sahaja, CIDB menjalankan pemantauan sekurang-kurangnya di 80 tapak pembinaan setiap hari termasuk cuti umum dan hujung minggu.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »