BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kes COVID-19 di Indonesia 12,776 kes, kematian 930

JAKARTA, 7 Mei (Bernama) -- Kes positif COVID-19 di Indonesia, terus meningkat kepada 12,776 kes, dengan jumlah kematian kini sebanyak 930 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto berkata, sebanyak 35 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, tambahan kes positif baharu ialah sebanyak 338 kes, menjadikan kes positif kini meningkat kepada 12,776 kes," katanya.

Achmad Yurianto berkata, sebanyak 28,508 pesakit masih lagi berada dalam pengawasan COVID-19, manakala mereka yang sembuh kini berjumlah 2,381 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 423 kes, diikuti Jawa Timur (133), Jawa Tengah (90) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »