BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kereta terbabas lalu terbalik

SIBU: Seorang wanita berdepan detik mencemaskan setelah kereta dipandu terbabas lalu terbalik di kawasan semak tepi jalan berhampiran lampu isyarat, Jalan Lapangan Terbang Sibu, di sini,pagi tadi.

Dalam kejadian itu,mangsa Donna ak James Kaasidy, 28, yang mengalami kecederaan berjaya keluar sendiri dari kenderaan sewaktu kehadiran Bomba.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.26 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu ke lokasi kejadian. 

"Pasukan Bomba bertindak membawa mangsa ke tempat selamat dan membuat penstabilan serta pemeriksaan awal terhadap mangsa.

 "Mangsa mengalami keadaan trauma dan dalam keadaan sedar semasa dikeluarkan,"katanya di sini hari ini.

Katanya,mangsa seterusnya dihantar ke hospital menaiki jentera EMRS untuk tindakan lanjut.

"Pasukan Bomba membuat pemeriksaan di lokasi kemalangan bagi memastikan tiada kemerbahayaan dan memastikan keadaan selamat,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »