BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kereta mewah terbakar di BCCK


KUCHING:Sebuah kereta mewah BMW terbakar di BCCK berdekatan Sarawak Energy petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 5.51 petang dan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

"Kebakaran hanya melibatkan bahagian dashboard duduk penumpang sahaja,"katanya di sini hari ini.

Katanya,pasukan Bomba bertindak melakukan pemadaman seterusnya membuat pemeriksaan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada kemerbahayaan dan memastikan keadaan selamat.

Operasi pemadaman tamat pada jam 6.24 petang.
Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »