BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kerajaan urus 8,033 pelajar balik kampung


KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah berkata, seramai 8,033 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) terkandas berjaya diuruskan untuk balik ke kampung halaman.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut
seramai 1,702 pelajar balik ke kampung halaman di seluruh Sarawak.

"Manakala, seramai 6,331 pelajar adalah dari Semenanjung, Sabah dan Labuan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Uggah berkata, sebanyak 4,944 jumlah permohonan pergerakan antara
Daerah yang telah diterima di 28 buah Ibu Pejabat Daerah PDRM seluruh 
Sarawak pada hari ini.

Menurutnya, ia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 26,992 permohonan. 

"Daripada jumlah kumulatif tersebut, sebanyak 25,237 telah diluluskan dan 
1,755 ditolak," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 27,740 pemberitahuan sektor ekonomi yang 
telah dibuka diterima pada haru ini.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 20,240 adalah melalui atas 
talian dan 7,500 melalui email.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »