BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kerajaan Sarawak semak permohonan bantuan teksi

KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak akan menyemak semula status pembayaran bantuan kewangan untuk setiap pemandu teksi dan pemandu e-hailing di negeri ini.

Menterinya, Datuk Lee Kim Shin berkata, beliau menerima pertanyaan daripada pemandu teksi dan e-hailing di negeri ini mengenai status pembayaran bantuan tersebut kepada mereka.


“Mereka telah meminta bantuan kementerian saya untuk membantu mereka mengenai status pembayaran.”

“Saya memberi jaminan kepada pemohon untuk membincangkan perkara tersebut dengan Kementerian Pengangkutan Persekutuan dan  menghubungi Menteri Pengangkutan Malaysia secara peribadi untuk menyemak semula status pembayaran itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kementerian telah menulis surat rasmi kepada kementerian persekutuan bagi meminta maklumat terkini perkara tersebut.

“Pada masa yang sama kementerian akan bekerjasama dengan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak untuk menyelesaikan perkara ini,” kata Lee.

Kerajaan sebelum ini meluluskan bantuan kewangan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Nasional 2020 (PRIHATIN) sebanyak RM600 kepada setiap pemandu teksi dan RM500 untuk pemandu e-hailing.

Beliau menggesa pemandu teksi yang belum berdaftar untuk segera mendaftar dalam talian dengan mengisi borang yang tersedia di Facebook rasmi LPKP.

Manakala untuk pendaftaran pemandu e-hailing, LPKP Sarawak akan terus berhubung dengan oeprator e-hailing untuk senarai nama pemandu.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »