BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kelonggaran perjalanan rentas negeri untuk orang bujang belum dapat diberikan




PUTRAJAYA, 15 Mei -- Larangan melakukan perjalanan merentas negeri masih dikuatkuasakan walaupun sebelum ini kerajaan ada memberi kelonggaran kepada suami isteri yang duduk berjauhan untuk melakukan perjalanan itu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun kerajaan menyedari ramai yang merindui keluarga terutama golongan bujang, namun kelonggaran masih belum dapat diberikan untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Kerajaan membenarkan suami isteri yang duduk berjauhan itu melakukan perjalanan  rentas negeri di atas faktor kemanusiaan kerana ada anak-anak yang telah dua bulan tidak bertemu ibu bapa masing-masing.

“Peraturan itu masih diteruskan, tidak ada pengecualian kepada sesiapa… masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) walaupun orang bujang.

Sabar sedikit kalau sampai masanya ada kelonggaran itu, kami longgarkan, setakat ini tiada kelonggaran lagi, peraturan sama sedang dilaksanakan hari ini,” katanya dalam sidang akhbar harian mengenai PKPB di sini hari ini.

-- BERNAMA
Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »