BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kelab malam, bistro tidak dibenarkan beroperasi

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggas Embas berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah memutuskan Musik Kafe, Kelab Malam dan Bistro tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bersyarat (PKPB).

Menurutnya, jika mereka buka atau melanggar peraturan tindakan akan dikenakan.

"Pusat hiburan dan Bistro tetap masih tidak dibuka. Sebab salah faham, ada yang fikir bistro sebagai restoran. Kami minta maaf," katanya pada sidang media hari ini.

Uggah berkata, tindakan berupa amaran dan penutupan premis akan dikenakan kepada 
pemilik kedai, syarikat dan pasaraya yang tidak mematuhi SOP yang telah 
ditetapkan.

Menurutnya, sebanyak 28,539 sektor ekonomi yang telah dibuka hari ini.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 20,519 adalah melalui atas talian dan 8,020 melalui email.

"Pasukan pemantau pada hari ini telah memantau sebanyak 2,005 lokasi iaitu pasaraya (275), Restoran ( 516), Kilang (42), Bank (171), Pejabat Kerajaan (75), Penjaja (97), Pasar Tani / Awam (110), Tempat Ibadah (100), Tempat Riadah (57), Tapak Pembinaan (32) dan Lain-lain (530)," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »