BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

10,500 kotak Kek Sumbangsih Gawai Raya

KUCHING, 9 Mei: Kerajaan Sarawak akan memberikan keseluruhannya sebanyak 10,500 kotak kuih muih program Sumbangsih Raya-Gawai 2020 kepada anggota 23 agensi petugas Frontliners Covid-19 di Sarawak.

Menurut kenyataan media Kementerian Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak sejumlah 8,000 kotak itu akan diagihkan kepada 10 agensi terbabit yang juga penerima tradisi sumbangan program tahunan itu.
 
Agensi terbabit ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Penjara Sarawak, Jabatan Kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Sarawak.

Manakala agensi lain tersenarai sebagai penerima kotak itu tahun ini ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pasukan Gerakkan Am (PGA), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan, pusat kuarantin, pusat saringan, Jawatankuasa Bencana Bahagian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak ,pengamal media, Radio Televisyen Malaysia (RTM), pusat gelandangan dan Unit Keselamatan Negeri.

Tahun ini seramai lima pembekal kuih muih sumbangan terbabit telah dipilih iaitu Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak, Dewanita DUBS Negeri, Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak dan Kelab Rekreasi Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS). 

Penghantaran kuih-muih ke Wisma Wanita telah bermula 29 April lepas dan sesi pengiraan serta pemeriksaan kualiti telah dijalankan pada 4 Mei lepas manakala pembungkusan kuih muih telah bermula 6 Mei lepas.

Setakat hari ini sebanyak 5,000 kotak telah disi dengan seramai 30 kakitangan JWKS terlibat dalam proses terbabit.
TAMAT.

Keterangan gambar: 

1. Kakitangan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menjalankan proses pembungkusan kotak kuih muih program Sumbangsih Raya-Gawai 2020 di Wisma Wanita, Petra Jaya di sini, hari ini.


2. Kotak kuih muih program Sumbangsih Raya-Gawai 2020.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »