BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kegiatan pemburu haram di Sarawak tular


KUCHING: Siasatan awal ke atas Facebook yang menggunakan nama ‘Pemburu Malaysia’ mendapati ia bukan hanya melibatkan pemburu di Sarawak malah seluruh Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton berkata, keahlian dalam Facebook berkenaan disertai oleh semua pemburu yang berasa bangga dan mahu menunjukkan hasil pemburuan kepada ahli-ahli yang lain.

“Ini menyebabkan pemburu tempatan terikut-ikut dan terpengaruh untuk menyertai kumpulan tersebut serta memuat turun hasil pemburuan mereka di Facebook berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau mengulas artikel “Outrage over blatant slaughter of wildlife allegedly carried out by Sarawak hunting group” yang disiarkan akhbar The Star pada 15 Mei.

Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo (BSBCC) yang berkongsi artikel itu menerusi satu hantaran di FB mendakwa page ‘Pemburu Malaysia’ adalah di Sarawak.

Katanya, SFC dalam proses mengesahkan laporan berita itu dan kesahihan pemilik akaun Facebook tersebut.

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan SFC. Tindakan mendedahkan perkara itu di akhbar akan menjejaskan siasatan yang sedang berlangsung kerana mungkin hantaran tersebut kini sudah dipadam.”

“Kita ada prosedur tertentu dan ia mengambil masa, biarkan kami membuat kerja dan orang awam akan dimaklumkan keputusannya kelak,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi SFC terdekat di talian Kuching (019-8859996, 013-8110150), Sibu (019-8883561), Bintulu (019-8223449, 019-8332737), atau Miri (019-8224566, 019-8290994).

Beliau menambah, berbeza dengan Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak tidak mengeluarkan lesen untuk memburu hidupan liar.

“Sebaliknya memburu hanya dibenarkan untuk penduduk tempatan dibawah Ordinan Perlindungan 1998 sebagai hak penduduk asal,” katanya.





Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »