BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kebocoran tangki minyak punca kereta terbakar

BINTULU: Sebuah kereta Proton Saga terbakar di RPR Sibiyu,di sini, tengah hari tadi dipercayai berpunca dari percikan pada tangki minyak semasa pemilik membaiki pam minyak.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 1.24 tengah hari.

"Kemusnahan kebakaran melibatkan bahagian belakang tempat duduk, tangki minyak dan bonet kereta. 

"Anggaran kemusnahan lebih kurang 60 peratus,"katanya di sini hari ini.

Katanya,kebakaran dapat di padam sepenuhnya oleh penghuni dengan menggunakan media pemadaman air dari paip air yang berdekatan. 

"Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian.

"Setelah mendapati keadaan selamat dan tiada lagi sumber api, operasi ditamatkan pada jam1.50 tengah hari,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »