BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Keahlian Dr Mahathir terhenti, Zainuddin


KUALA LUMPUR, 29 Mei -- Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan bekas Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi Ahli Parlimen Bersatu tidak dipecat daripada parti itu, sebaliknya terhenti keahlian mereka kerana melanggar perlembagaan parti.

Hamzah berkata keahlian Dr Mahathir dan empat lagi iaitu Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Maszlee Malik, Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Amiruddin Hamzah terhenti serta merta selepas mereka bertindak duduk di blok pembangkang pada sidang Parlimen pada 18 Mei lalu.

“Saya rasa sedih apabila Tun Dr Mahathir serta empat lagi ahli Parlimen Bersatu mengambil keputusan tidak bersama dengan blok kerajaan semasa sidang Parlimen 18 Mei.

“Perkara ini bukan hanya dinyatakan dalam surat permohonan mereka sendiri tetapi juga dizahirkan dengan duduk di blok yang tidak menyokong kerajaan semasa sidang Parlimen tersebut,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Bersatu di sini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya mengikut perlembagaan parti, keahlian seseorang ahli terhenti secara serta-merta mengikut fasal 10.2.2 iaitu mengisytiharkan keluar daripada parti dan fasal 10.2.3 menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain di negara ini

Hamzah berkata selain itu banyak lagi aduan salah laku yang diterima berkaitan kelima-lima pemimpin berkenaan termasuk apabila Dr Mahathir mengumumkan untuk terus bersama-sama Pakatan Harapan (PH) sebaik sahaja Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk di bawah kepimpinan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Selain itu Tun Dr Mahatihir juga pada 4 Mei telah membuat kenyataan-kenyataan bersama dengan ketua-ketua parti PH mendesak supaya sidang Parlimen dilanjutkan, malah beliau juga telahpun mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang telah dilantik dengan sahnya oleh Yang di-Pertuan Agong,” kata Hamzah.

Katanya, Dr Mahathir juga mengadakan sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya bersama beberapa pemimpin PH dengan membuat pengumuman untuk terus berusaha menjatuhkan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »