BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kaunter JPN beroperasi secara janji temu mulai Isnin


PUTRAJAYA, 3 Mei -- Operasi kaunter pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai esok adalah secara janji temu. 

 Menurut kenyataan JPN hari ini, hanya pelanggan yang mempunyai janji temu dibenarkan berurusan. 

“Untuk penetapan janji temu, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03-88807077 atau 03-88808076 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my,” katanya. 

Operasi kaunter urus niaga pejabat JPN dibuka setiap hari bekerja secara janji temu bermula esok  sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara, kata kenyataan itu.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »