BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Katak Politik : Mesti ada undang-undang


KUCHING:Kerajaan mesti memikirkan dengan serius untuk menggubal satu undang-undang Anti Lompat Parti.

Ketua Penerangan dan  Komunikasi PKR Sarawak,Abun Sui Anyit berkata,ahli sesebuah parti,lebih–lebih lagi wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya yang meninggalkan parti asalnya untuk melompat ke parti yang lain harus dikenakan tindakan sewajarnya. 

"Wakil rakyat yang melompat tersebut harus diuji dengan mengosongkan kerusinya melalui penyerahan kembali kepada kuasa rakyat. 

"Alasan meninggalkan parti disebabkan oleh masalah dalaman parti bukanlah 
alasan yang boleh diterima kerana dalam sesebuah parti itu ada peraturan dan 
perlembagaannya sendiri,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,parti boleh mengambil tindakan berdasarkan tingkat kesalahan seseorang ahli dan ahli yang tidak puas hati terhadap pemimpin pun ada peraturannya sendiri. 

"Mesyuarat Agung pemilihan dalam parti 
memang ada dalam semua parti. Jadi mereka yang merasakan ada kekuatan 
sokongan, boleh bertanding dalam parti. 

"Selain dari itu ada peruntukan 
membolehkan pemimpin sesebuah parti itu disingkir melalui Mesyuarat Agung 
Luar Biasa parti,"ujarnya.

Katanya,rasionalnya mengadakan peruntukan undang-undang Anti Lompat ini ialah untuk melindungi rakyat dan parti dari terus dikhianati oleh pemimpin yang pentingkan diri sendiri. 

"Selain dari itu, akta anti lompat ini juga bertujuan untuk melindungi mereka yang terjejas iaitu ahli parti dan pengundi asal yang memberi kemenangan kepada mereka. 

"Kita tidak mahu mereka yang terlibat 
lompat parti dianggap oleh para pengundi dan rakyat seorang sebagai pemimpin yang tidak berprinsip dan tidak bermaruah kerana boleh menukar parti mengikut selera sendiri pada bila – bila masa yang dia suka,"jelasnya.

Menurutnya lagi,politik negara seharusnya sudah mengalami fasa kemajuan yang lebih matang dan lebih dihormati oleh rakyat dan dunia luar. 

"Keputusan politik itu  seharusnya juga mengambil kira kepentingan maruah parti, maruah negara di mata dunia dan lebih penting maruah diri sendiri,"tegasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »