BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Karim sambut baik kebenaran semula aktiviti sukan

KUCHING: Kebenaran semula aktiviti sukan amat dialu-alukan tetapi harus berhati-hati dalam memerangi wabak COVID-19 kerana negara belum memenanginya.

Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membenarkan aktiviti sukan luar yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai mulai 4 Mei ini.

"Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dapat dilaksanakan selama-lamanya.

"Jadi adalah penting bagi kerajaan melaksanakan perkara itu namun dengan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang mesti dipatuhi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perutusan sambutan Hari Pekerja semalam,Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan
aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan lain-lain risiko jangkitan juga tidak dibenarkan dan ini termasuk sukan bola sepak, ragbi, renang dan semua acara sukan indoor dan stadium. 

Namun,katanya, aktiviti sukan luar yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai dibenarkan termasuk jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat mengamalkan penjarakan sosial dan mengelakkan sentuhan badan.

"Apa yang penting ialah kerajaan kini berjaya mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat di negara ini menerusi pelaksanaan PKP.

"Masyarakat mesti mengamalkan kebersihan diri yang baik, mempraktikkan penjarakan sosial, menggunakan pencuci tangan, penutup mulut dan hidung, selain mengelakkan perhimpunan melibatan orang ramai,"tegasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »