BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

JAPEN Sarawak teruskan amalan bersedekah di buian Ramadan

KUCHING:Amalan bersedekah semasa bulan Ramadan diteruskan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak menerusi program ‘Ramadan On Wheels’ .

Program anjuran JAPEN Sarawak dengan kerjasama Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) menyediakan 200 paket bubur pedas dan kurma.

Tujuan program adalah untuk berkongsi rezeki bersama barisan hadapan yang menghadapi pandemik Covid-19 dan orang awam menerusi pengagihan bubur pedas.

Simbolik penyerahan telah dilaksanakan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak, Swady Guliling di Ibu Pejabat JAPEN Sarawak, di sini, petang ini.

Setelah itu, sesi agihan bubur pedas tersebut diteruskan ke beberapa lokasi sekitar kawasan Kuching antaranya Klinik Kesihatan Jalan Masjid, Balai Polis Gita, Klinik Kesihatan Tanah Puteh dan Balai Polis Sentral.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »