BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jangan samakan saya dengan bapak saya, Larry



KUCHING, 15 Mei: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menjangkakan sebilangan pemimpin akar umbi parti terbabit yang memihak kepada pimpinan mereka sebelum ini akan turut meletakkan jawatan dalam beberapa hari lagi.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak dan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng berkata pemimpin akar umbi terbabit dijangka dari kawasan Mas Gading, Bandar Kuching, Stampin, Petra Jaya, Kanowit, Lanang, Lubok Antu dan sehinggalah Bintulu.

"Ini memang merupakan tempoh yang menyedihkan kepada sejarah parti, setiap kali adanya pemimpin yang pergi,"katanya dalam kenyataannya di laman Facebooknya hari ini.

Larry bagaimanapun tidak merasakan perkara itu menjadi satu kejutan kerana khabar angin mengenainya sudahpun tersebar sejak beberapa minggu lepas dan menjadi rahsia yang terbuka.

"Kebanyakkan mereka tidak mahu dalam PKR Sarawak, ringkasnya mereka merasa dilucutkan hak dengan kepimpinan dan tidak merasakan yang mereka mempunyai ruang bagi bertahan dan berkembang,"katanya.

Katanya sebilangan lain pula mungkin merasa yang prinsip dan objektif parti terbabit tidak lagi kekal benar dan tidak menolak juga ada minoriti kecil meninggalkan parti itu kerana wang dan jawatan.

"Apapun yang mereka percaya dalam kes ini, saya berharap mereka akan menimbangkan sekejab. Dibawah pimpinan saya akan sentiasa ada bilik bagi bakat untuk berkembang, walaupun sekiranya mereka bukan sebahagian dari pasukan yang menang,"katanya.

Larry juga menyatakan tidak menyimpan dendam dengan terhadap pengkritiknya kerana kebanyakan mereka tidak mengenali dirinya tetapi telah menganggap beliau hanya sama seperti bapanya.

"Kami adalah dua watak yang amat berbeza dengan kekuatan dan set perinsip yang berlainan,"katanya dan bagi mengenalinya boleh melihat perkara itu ketika pemilihan parti itu pada 2018 dengan beliau tidak mahu berkompromi terhadap set prinsipnya dengan wang dan kuasa.

Katanya baharu-baharu ini juga terhadap pergerakkan oleh pihak yang menang dalam PKR Sarawak yang mahu membersihkan "ahli kartel" dalam barisan MPN dengan berterusan menyerang mereka dalam media sosial.

Beliau mengambil isu ini secara serius dan membawanya kepada perhatian kepimpinan paling kanan parti dan tidak memperdulikan samada itu akan memberi kesan kepada peluangnya menjadi menteri dalam perlantikan di masa depan.

"Itu ialah tanggungjawab saya untuk melindungi setiap ahli yang memutuskan memberikan sokongan mereka dibelakang Presiden dan kepimpinan dalam PKR ketika ini, tanpa mengira samada mereka cartel sebelum ini,"katanya.

Selain itu, beliau mendedahkan telah membawa balik ahli lama mereka kembali kepada parti itu seperti Dominique Ng dengan nasihat dari Presiden, Harrison Ngau dan Dato Sri Hafsah Harun supaya DNA parti itu kekal sama.
tamat

keterangan gambar:

1. Larry Sng
Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »