BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jalan runtuh dibaiki

BETONG: Kerja membaiki Jalan Nanga Buai, Melanjan yang terputus akibat tanah runtuh pada Rabu lalu dan menjejaskan perhubungan penduduk setempat kini dalam fasa terakhir disiapkan.

Sehingga semalam pemantauan yang dijalankan mendapati jalan terbabit sudah boleh dilalui dan digunakan. 

Pegawai Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Betong, PBK1 Henry Jugah memberitahu ketangkasan pihak terbabit dalam menjalankan kerja-kerja naik taraf jalanraya tersebut membuktikan keprihatinan dan tanggungjawab mereka.
"Pihak JKR telah melaksanakan tugasan mereka dengan penuh tanggungjawab dan segera mengarahkan kakitangan mereka menjalankan tugasan.

"Dalam masa yang sama membuktikan amanah yang digalas bukan sekadar melakukan tugasan tetapi keprihatinan kepada rakyat adalah misi yang perlu dilaksanakan," katanya.

Tambahnya, akibat daripada bencana yang berlaku telah menjejaskan sekitar 700 penduduk dari sembilan buah rumah panjang disekitar jalan terbabit.

"Saya percaya penduduk yang terjejas sudah boleh meneruskan kehidupan seperti biasa dan menggunakan jalanraya untuk bergerak keluar,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »