BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jalan pesisir: Julaihi sekolahkan Abdul Kuddus


KUCHING: Bagaikan orang yang tidak mendengar bedok. 

Itu bidalan orang tempatan bagi seseorang yang tidak mengikuti isu semasa apabila membuat sesuatu kenyataan. 
Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi bertindak ’menyekolahkan’ Ketua Jawatankuasa Kecil Logistik, Jawatankuasa Pengangkutan Awam Sarawak Abdul Kuddus Ramlee apabila meminta Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof bertindak bijak dan segera menangani masalah jalan pesisir di negeri ini.

Abdul Kuddus menerusi satu hantaran berkata, jalan pesisir di Sarawak banyak berlubang, tidak rata dan 80 peratus lampu jalan tidak disediakan.

“Saya tidak mahu menyentuh pasal Lebuhraya Pan Borneo yang terlalu komplikated. Saya hanya mahu agar Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kerja Raya yang diterajui oleh Menteri dari Sarawak agar dapat meyelesaikan masalah jalan pesisir Sarawak yg banyak digunakan oleh masyarakat kita untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat,” katanya.

“Saya mengajak YB-YB di kawasan berkenaan cuba melawat ke kawasan tersebut dengan menggunakan jalan pesisir Bintulu, Kuala Tatau dan Balingian pada waktu malam menaiki kereta kancil atau Myvi dan rasakan betapa bahayanya memandu pada waktu malam tanpa lampu jalan.”

Katanya, banyak kenderaan kecil mengalami kerosakan dan memandu pada waktu malam adalah umpama satu 'mimpi ngeri'. 

Menurut beliau, jika nasib kurang baik akan berlaku kemalangan antara kenderaan akibat mengelak lubang yang banyak dan keadaan jalan yang tidak rata pada beberapa bahagian jalanraya.

Hantaran yang ditujukan kepada Kementerian Kerja Raya itu dibuat sebagai maklumbalas titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa pembukaan Parlimen baru-baru ini yang menegaskan perlunya menaiktaraf infrastruktur di Sarawak dan Sabah agak terkebelakang.
Namun surat tersebut mendapat perhatian daripada Julaihi yang menyifatkan kenyataan Abdul Kuddus tidak pernah mengikuti perkembangan semasa di media dan akhbar tempatan.

“Jalan pesisir adalah dibawah kerajaan negeri, bukan persekutuan. I think this person is out of touch. Sik membaca dan sik dengar regular news.”
“Minta maaf kerana berkata sedemikian namun perkara berkaitan jalan pesisir ini sudah banyak disebut dalam Dewan Undangan Negeri dan ditulis dalam media massa dari masa ke semasa.”

Julaihi menambah, program pesisir pantai terdiri daripada tiga komponen iaitu membina jambatan bagi menggantikan perkhidmatan feri, menghubungkan laluan di kawasan pesisir (yang disebut di atas) yang mana akan diteruskan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Komponen kedua ialah membina semua "missing link" merujuk kepada beberapa buah jambatan penting yang akan mewujudkan jalan baru yang lebih pendek serta menjimatkan masa. 

"Komponen 1 dan 2 sedang giat kita jalankan dengan begitu banyak upacara pelancaran serta pecah tanah yang dilakukan oleh Ketua Menteri di seluruh negeri Sarawak, dan kerja sebenarnya telah rancak berjalan dan akan diteruskan lagi selepas tamat PKP nanti," terang Julaihi. 

Manakala komponen ketiga ialah menaiktaraf dan pemulihan jalan pesisir yang sedia ada dan dibahagi kepada 23 pakej.

“Daripada jumlah itu, tiga pakej sudah dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera manakala 20 lagi termasuk jalan Balingian/Tatau.”
Beliau menambah, ketiga-tiga komponen program pesisir ini menelan kos RM5 bilion manakala projek Second Trunk Road yang sedang panas didebatkan sekarang ialah RM6 bilion.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »