BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

IPD Padawan pantau premis sepanjang PKPB

PADAWAN: Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Padawan mengadakan mesyuarat membuat perancangan rondaan bersama antara agensi yang terlibat bersama pihak polis untuk membuat pemantauan premis yang menjalankan perniagaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mempastikan setiap premis mengikuti Standard Operasi Prosedur (SOP) yang telah ditetapkan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan,
DSP Lim Jaw Shyong berkata,antaranya ialah menyediakan hand sanitizer, mekanisma penjarakan social (social distancing) penandaan jarak 1 meter di lantai, penyediaan handheld contacless thermometer di pintu masuk premis, pemakaian mask setiap pekerja di kawasan umum, penjarakan meja makan dan workstation, notis/ papan tanda hebahan kesedaran kepentingan norma baru dan mempastikan Kapasiti pengangkutan awam pada 50 peratus sahaja dan menyediakan pelekat di tempat duduk bagi bagi tujuan penjarakan sosial.

"Pasukan ini akan bergerak sepanjang tempoh PKPB di mana setiap kenderaan akan terdiri daripada kekuatan dari ATM, APM, RELA dan MPP bersama sebuah kereta dari PDRM yang terdiri daripada Pegawai/Anggota,"katanya.

Terdahulu IPD Padawan telah mengadakan Mesyuarat Task Force Operasi Pematuhan (PKPB) di Bilik Mesyuarat IPD Padawan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »