BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Industri lada terjejas kesan wabak COVID-19


KUCHING: Wabak  COVID-19 telah memberi kesan kepada aktiviti eksport dan jual beli lada, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Willie Mongin.

Katanya,aktiviti jual beli lada adalah terbatas dengan pekebun hanya dapat menjual lada kepada peraih yang berdekatan kawasan mereka sahaja.

"Eksport lada juga terjejas akibat aktiviti pengredan dan pemprosesan lada untuk tujuan eskport oleh Lembaga Lada Malaysia (MPB) tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan kerja serta meninjau tahap pematuhan pekebun kecil lada semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan Puncak Borneo,di sini, hari ini.

Justeru, katanya, MPIC akan terus berusaha untuk memastikan pembangunan sosio-ekonomi bagi lebih 34,701 pekebun kecil lada dengan kawasan penanaman lada seluas 7,375 hektar di seluruh negara terjamin.

"MPIC turut berharap semua aktiviti sektor lada akan dilaksanakan dengan teratur dan selamat dengan mengambil kira aspek normal baharu yang disarankan oleh kerajaan," ujarnya.

Katanya,kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM16.11 juta di bawah PRE PRIHATIN 2020 bagi 5,370 hektar dalam bentuk bantuan input pertanian kepada 30,000 pekebun kecil lada yang layak di seluruh negara.

"Pemberian bantuan input pertanian ini bertujuan untuk membantu pekebun kecil lada bagi menyelenggarakan kebun yang terjejas berikutan PKP yang dikuatkuasakan,"jelasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »