BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Hujan tambah kesuraman Gawai Dayak

KUCHING,31 Mei: Sambutan perayaan Gawai Dayak tahun ini bukan sahaja suram disebabkan wabak penyakit, malah cuaca diramalkan hujan kebanyakan daerah di Sarawak pagi esok.

Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia, sebelah pagi esok diramalkan hujan di satu dua tempat di daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Serian, Simunjan, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Saratok, Kabong, Sarikei, Meradong, Pakan,Tanjung Manis, Dalat, Mukah, Bintulu dan Miri.

Manakala tiada hujan sebelah pagi esok di Julau, Sibu, Kanowit, Selangau, Song, Kapit, Belaga, Marudi, Limbang dan Lawas.

Sebelah petang pula menyaksikan kebanyakkan daerah mengalami ribut petir  di satu dua tempat termasuk di Kuching, Serian, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Saratok, Kabong, Pakan, Julau, Sarikei, Meradong, Kanowit, Sibu, Selangau, Tanjung Manis, Dalat, Mukah, Song, Kapit, Belaga, Marudi, Limbang dan Lawas.

Tiada hujan sebelah petang esok di daerah Bau, Lundu, Bintulu dan Miri dan tiada hujan juga sebelah malam esok di kebanyakkan daerah kecuali di Pakan, Sarikei, Julau, Kapit,  Meradong, Sibu, Kanowit, Selangau, Song, Belaga, Bintulu dan Miri.
tamat

keterangan gambar:

1.Gambar satelit cuaca di Sarawak hari ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »