BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Hospital Miri buat SOP untuk pesakit luar


MIRI: Pengurusan Hospital Miri melaksanakan penambahbaikan kepada pengendalian pesakit luar klinik pakar berkuat kuasa hari ini. 

Hospital Miri dalam kenyataan berkata, pesakit diminta untuk mematuhi tarikh dan masa temujanji masing-masing dan hanya dibenarkan untuk memasuki klinik pakar 30 minit sebelum masa temujanji. 

Katanya, pesakit hanya dibenarkan untuk membawa seorang pengiring di dalam klinik pakar.

"Orang ramai dimohon untuk mematuhi peraturan lawatan dan pelawat kanak-kanak adalah dilarang sama sekali.

"Kawalan kemasukan dihadkan kepada lobi depan dan laluan tengah perhentian bas," katanya.

Beliau berkata, walaupun perubahan kebiasaan akan mendatangkan kesulitan kepada orang ramai, namun pihak hospital komited untuk mencegah sebarang kes wabak itu demi keselamatan semua pesakit dan kaki tangan hospital. 

Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan untuk memberi kerjasama dalam membantu memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. 

"Petugas kesihatan kami juga sentiasa bersedia memberi bantuan sekiranya anda menghadapi masalah semasa berurusan di klinik pakar Hospital Miri," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »