BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Hospital di Sarawak terima sumbangan tujuh katil ICU daripada Petronas



KUCHING, 2 Mei -- PETRONAS menyumbang tujuh katil unit rawatan rapi (ICU) kepada lima buah hospital di Sarawak baru-baru ini bagi membantu merawat pesakit COVID-19.

Ketua PETRONAS Sarawak, Zulaihi Mantali, dalam kenyataan hari ini, berkata dua daripada katil tersebut masing-masing diserahkan kepada Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Hospital Miri manakala Hospital Sarikei, Sibu dan Bintulu masing-masing menerima sebuah katil. 

“PETRONAS sedang melakukan yang terbaik untuk membantu hospital di Sarawak mengatasi cabaran dalam menangani COVID-19. Ini adalah selaras dengan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami bagi mempertingkatkan kesejahteraan komuniti,” katanya.

Katanya, sumbangan itu adalah sebahagian daripada sumbangan RM20 juta Yayasan PETRONAS dalam bentuk bekalan dan peralatan perubatan yang diumumkan pada 23 Mac lalu.

Menurutnya, sumbangan tersebut diberikan secara berperingkat dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Anak syarikat kami iaitu Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG), PETRONAS Carigali Sdn Bhd, Sarawak Oil, Sarawak Gas dan ASEAN Bintulu Fertilizer (ABF) telah menyumbang alatan pensanitasi dan kimia bernilai RM24,000 kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak bagi mengurangkan penularan COVID-19,” katanya, sambil menambah sumbangan 2,000 penutup mulut dan hidung telah diberikan kepada petugas barisan hadapan.

Sebelum ini, katanya, MLNG dan ABF menyumbang barang makanan kepada 4,200 isi rumah B40 di Kuching Samarahan, Serian dan Bintulu.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »