BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Harga RON95, RON97 dan diesel kekal


KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal RM1.25 dan RM1.55 seliter bagi tempoh 2 Mei hingga 8 Mei ini, menurut Kementerian Kewangan.
Kementerian itu dalam kenyataan hari ini, memaklumkan harga runcit diesel juga kekal pada harga RM1.40 seliter.

Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »