BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Guru wanita terpedaya Love Scam

SIBU:Terpedaya dengan cinta lelaki bernama Jeffrey Ben Mayne melalui aplikasi dating atas talian, guru wanita 
berusia 43 tahun di sini, menjadi mangsa terbaru Love Scam membabitkan kerugian sebanyak RM4,000.

Ketua Polis Daerah Sibu,Asisten Komosioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa berkenalan dengan lelaki terbabit pada 17 Mac lalu.

"Setelah sebulan berkenalan, mangsa telah jatuh cinta dengan layanan serta rupa paras suspek yang bekerja sebagai arkitek di London itu.

"Suspek kemudian menyatakan hasratnya ingin datang ke Malaysia dan berkahwin dengan mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut,katanya, pada 17 April lalu, suspek memaklumkan bahawa dirinya sedang sakit dan memerlukan wang sebanyak RM2,000 untuk kos pembedahan.

"Suspek meminta mangsa untuk membuat pembayaran kos pembedahan terbabit,selain turut berjanji akan berkahwin dengan mangsa. 

"Pada hari yang sama, lebih kurang jam 7.03 pagi, mangsa memindahkan wang sebanyak RM1,000 ke dalam satu akaun bank atas nama seseorang dengan harapan Jefrey akan mengahwininya setelah sembuh,"katanya.

Beliau berkata,pada 1 Mei lalu, suspek sekali lagi meminta mangsa membantunya membuat pembayaran bil hospital sebanyak RM3,000.

"Tanpa berfikir panjang, mangsa telah memindahkan wang berjumlah RM3,000 ke dalam satu akaun bank lain.

"Mangsa akhirnya sedar dirinya ditipu setelah mendapati nombornya telah disekat,"katanya.

Katanya,mangsa kemudian tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »