BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

GPS sokong PH?

KUCHING: Ahli Parlimen GPS tidak mudah ditarik untuk menyertai parti lain umpama menjual, lembu dan ayam.

Demikian kata Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menegaskan, GPS adalah parti politik berdisiplin serta tetap menekankan suatu suara.

"Kami (ahli parlimen GPS) bergabung dalam satu suara di bawah pimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg menyokong Tan Sri Muhyiddin dan akan terus bersama dengan beliau (Muhyiddin).

"Walaupun kami tidak sama parti, tetapi dalam kerajaan yang sama untuk memastikan kestabilan politik dan apabila ia berjaya dilakukan, kita dapat menangani Covid-19 dengan berkesan, begitu juga dengan pakej rangsangan ekonomi ketika kita menghadapi pandemik itu," katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai dakwaan terdapat Ahli Parlimen GPS ada kaitan dengan jumlah sokongan 129 ahli parlimen bagi membentuk kerajaan baharu Pakatan Harapan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi GPS menjelaskan dakwaan Pakatan Harapan (PH) kini mempunyai sokongan 129 ahli parlimen dibuat berdasarkan senarai lama sebelum wujudnya kerajaan Perikatan Nasional bersama Gabungan Parti Sarawak (PN+GPS).

Menurutnya, ketika krisis politik melanda Februari lalu, memang ahli parlimen GPS memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata, sokongan itu diberikan demi memastikan krisis politik segera berakhir kerana GPS mahukan politik negara kembali stabil.

"Tetapi apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui gerakan untuk meredakan ketegangan politik, GPS menyokong beliau dengan matlamat demi kestabilan politik.

"Sebab itu saya percaya, 129 ahli parlimen yang didakwa menyokong PH itu adalah berdasarkan senarai lama," katanya.

Beliau yakin angka lama itu digunakan oleh blogger tertentu melalui Facebook untuk mendakwa Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan menggantikan PN.

PH mendakwa mempunyai sokongan 129 ahli parlimen dan mereka akan memohon untuk menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam masa terdekat dengan Anwar kekal sebagai bakal Perdana Menteri.

Justeru, beliau menganggap dakwaan 129 ahli parlimen termasuk dari GPS menyokong PH itu sebagai 'kerja gila'.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »