BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Fitnah rasuah: KKM buat laporan polis

 KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Satu laporan polis telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 5 Mei 2020 berhubung fitnah yang mendakwa lima orang pegawai Menteri dan Kementerian telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Laporan tersebut telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya. Fitnah itu dibuat menerusi penulisan di beberapa akaun Facebook termasuk di akaun Facebook “Teuku Shafiz Rullah", "STEADYAKU47" dan akaun twitter "Fadzilah Mamat @fadzilahmamat".

Posting di Facebook dan kicauan Twitter berkenaan mendakwa SPRM telah menahan dua pegawai kanan Menteri Kesihatan dan tiga pegawai kementerian. 
Posting itu antara lain mendakwa "Menteri Kesihatan juga terlibat" dalam siasatan SPRM terhadap syarikat yang memperolehi kontrak RM30 juta.

KKM melahirkan rasa kesal terhadap fitnah tersebut. Sehubungan itu, KKM berharap pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat melakukan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook dan Twitter berkenaan serta mengambil tindakan sewajarnya.

KKM juga memohon kepada netizen supaya menghentikan perkongsian fitnah itu.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

5 Mei 2020

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Farahdila Wati Binti Mohd Khamde Khuzaini
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-88833470 dan 012-2112658

--BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »