BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Fadillah - Zafrul ketuai rundingan Petronas dan Sarawak


KUCHING, 8 Mei: Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan penyelesaian rundingan urusan minyak dan gas serta cukai jualan ke atas produk petroleum antara kerajaan Sarawak dan Petronas adalah berita baik yang ditunggu rakyat Sarawak.

"Ia adalah berita baik yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Sarawak, selari dengan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),"katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Fadillah Yusof berkata persetujuan penyelesaian secara rundingan itu juga adalah titik pertemuan yang dicapai melalui kesepakatan dan hubungan baik pucuk kepimpinan kedua-dua peringkat iaitu Perdana Menteri, Datuk Tan Sri Muhyidin Yassin di peringkat persekutuan dengan kerajaan Sarawak yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

 "Ia adalah manifestasi betapa kerajaan yang memerintah negara ketika ini, baik di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri Sarawak sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan," katanya.

Beliau sehubungan itu berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana diatas keperihatinannya kepada rakyat Sarawak dan berikrar akan melaksanakan  tanggungjawabnya sebagai wakil Sarawak dalam proses rundingan perkara itu dengan Menteri Kewangan.

"Perlantikan saya, mewakili Sarawak, sebagai Pengerusi bersama dengan Menteri Kewangan dalam proses rundingan berkenaan adalah satu mandat dan amanah yang akan saya laksanakan dengan penuh tanggungjawab,"katanya.

Katanya seperti diumumkan Perdana Menteri penyelesaian terbabit akan memberi ruang kepada kerajaan Sarawak untuk telibat bersama Petronas dalam pembangunan industri minyak dan gas di Sarawak tanpa mengubah peranannya sebagai syarikat minyak negara.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »