BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dua mangsa cedera, kemalangan di Jalan Matang petang tadi

KUCHING: Dua mangsa cedera setelah kereta yang dipandu terbabit dalam kemalangan di Jalan Matang, di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 6.28 petang.

"Pasukan Gerakan Operasi(PGO) menerima maklumat dari MERS 999 berlaku kemalangan dan menggerakan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) 
 Petra Jaya ke lokasi kejadian.

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Vivayang dipandu hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit,"katanya di sini hari ini.

Katanya,dua mangsa yang tersepit telah dikeluarkan oleh pihak Bomba.

"Kedua-dua mangsa seterusnya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »