BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dua hari hilang di hutan, lelaki ditemui selamat

KANOWIT: Seorang lelaki yang hilang di hutan  Nibong Tada, di sini, ditemui selamat tengah hari ini.

Mangsa,Minggu ak Pang,53, ditemui
pihak Bomba dan pasukan mencari dan penyelamat yang dalam perjalanan ke lokasi dan terserempak mangsa yang berdiri ditepi jalan kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian kira-kira jam 1.19 tengah hari.

Mangsa seterusnya diberi minuman dan makanan ringan oleh pasukan pencari dan penyelamat. 

Mangsa yang tiada kecederaan diserahkan kepada rakan-rakannya di lokasi penemuan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,
 seramai lapan orang telah keluar untuk melakukan aktiviti  mncari ikan di sungai kawasan Nibong Tada Kanowit dan seterusnya bermalam pada jam 5.30 petang Sabtu lalu.

"Pada keesokan harinya mereka memasang pukat manakala mangsa keseorangan keluar berburu menggunakan motosikal.

"Memandangkan mangsa masih belum kembali, rakan yang lain berusaha mencari beliau namun masih gagal dan hanya menjumpai motosikal dan kesan tapak kaki mangsa,"katanya di sini hari ini.

Katanya,memandangkan hari semakin gelap, mereka balik semula ke Sibu untuk meminta bantuan manakala dua rakannya yang lain menunggu mangsa di tempat mereka bermalam.

"Pada hari Ahad seramai 10 orang lagi pergi ke tempat kejadian untuk usaha mencari, tetapi masih gagal menjumpai mangsa. 

"Laporan polis dibuat oleh isteri mangsa di Balai Polis Sungai Merah.Isteri memberitahu semasa suami beliau keluar rumah, suaminya kali terakhir dilihat berpakaian seluar jean  biru dan baju kelabu,"ujarnya.

Operasi SAR ditamatkan pada jam 2 tengah hari ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »