BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Denda RM1,000 gagal pamer harga

SRI AMAN: Gara-gara gagal mempamerkan tanda harga sebuah premis perniagaan dikenakan kompaun RM1,000.

Serbuan dilakukan psaukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sri Aman.

Peniaga berkenaan dikenakan denda di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana gagal mempamerkan atau meletakkan tanda harga pada barangan dijual

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Sri Aman, Pelani Kemiti berkata, pihaknya membuat pemeriksaan dan mendapati beberapa barangan di premis tersebut tidak mempunyai tanda harga barang yang dijual.

Menurutnya, kompaun dikenakan bertujuan memberi pengajaran kepada peniaga agar mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan. 

"Tindakan diambil susulan aduan daripada pihak awam menerusi aplikasi sistem aduan KPDNHEP (Ez ADU KPDNHEP) yang terdapat di telefon pintar," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang ingin membuat aduan berkaitan boleh disalurkan menerusi laman web EZ ADU KPDNHEP, Facebook rasmi KPDNHEP Sri Aman, dan juga membuat panggilan terus ke bilik gerakan di talian 083-323836.

Katanya, Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP akan sentiasa komited terhadap mana-mana aduan dengan menyiasat demi menjalankan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »