BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Cukai pintu diskaun 25 peratus

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengenakan diskaun 25 peratus bagi bil cukai taksiran 1 Januari lalu.

Menurut kenyataan media, keputusan itu adalah sejajar dengan pengumuman Ketua Menteri pada 23 Mac, menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) untuk meringankan beban rakyat.

"Antara kategori pegangan yang layak menerima diskaun berkenaan termasuk pegangan kediaman, komersil, industri, pegangan khas dan tanah kosong.

"Pemberian diskaun ini difahamkan hanya sah sehingga 31 Disember akan datang," katanya dalam kenyataan media.

Bagi tarikh akhir pembayaran untuk tempoh pertama tahun 2020, ia akan dilanjutkan sehingga 31 Oktober depan.

Manakala, bagi individu yang telah melakukan pembayaran ke atas bil cukai taksiran tempoh pertama tahun 2020, lebihan bayaran akan dikreditkan ke atas bil cukai taksiran tempoh kedua tahun yang sama.

"Sekiranya pembayaran penuh telah dilakukan ke atas bil cukai taksiran tahun 2020, maka lebihan bayaran tersebut akan dikreditkanke atas bil cukai taksiran pada tahun 2021," katanya.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh menghubungi Bahagian Penilaian DBKU, di talian 082-512200 atau emel ke val@dbku.gov.my.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »