BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Cubaan seludup 320 guni bawang merah ke Indonesia gagal



BAU: Cubaan menyeludup 320 guni bawang merah dianggarkan bernilai RM 112,000 ke negara Indonesia melalui jalan gajah di Kampung Stass,di sini,
dipatahkan Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam Op Benteng Covid malam tadi.

Pemandu lori yang merupakan lelaki tempatan berumur 31 tahun ditangkap dalam operasi yang dijalankan bersama anggota Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis (IPD) Bau jam  8.45 malam.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA,Superintendan Rosdi Inai berkata,ketika disoal siasat pemandu terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah barang yang dibawa.


"Pemandu lori telah ditahan dan barang rampasan  diserah kepada pihak IPD Bau untuk siasatan lanjut,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, lelaki terbabit disiasat di bawah Seksyen 21 Akta kawalan Bekalan 1961,selain melanggar Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan
dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »