BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

COVID-19:Petronas sumbang PPE kepada petugas barisan hadapan

MIRI:Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) menyumbangkan alat pelindung diri (PPE) dan makanan kepada 600 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada kakitangan kesihatan dan anggota penguatkuasa bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Sebanyak 3,500 topeng muka, 3,500 sarung tangan, 275 pembersih tangan serta makanan dan air mineral disumbangkan menerusi tanggungjawab sosial korporat(CSR).

Sebanyak 600 topeng muka, 500 sarung tangan, dan 30 pembersih tangan, bersama makanan dan minuman diagihkan kepada Polis Diraja Malaysia(PDRM)Khamis lalu.

Keperluan itu juga akan dihantar ke petugas barisan hadapan dari Hospital Umum Miri, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada minggu depan.

Pengurus Besar Kanan PCSB, Morris Mail berkata,Petronas berterima kasih kepada petugas kesihatan dan anggota penguat kuasa yang telah bekerja keras untuk memutuskan rantaian COVID-19.

"Petronas mahu memastikan keselamatan petugas barisan hadapan dengan membekalkan mereka alat pelindung diri dan bekalan makanan yang mencukup ketika menjalankan tugas.

"Kita akan terus menyumbang dan memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha memastikan kesejahteraan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,Yayasan Petronas telah menyumbang peralatan dan bekalan perubatan bernilai RM20 juta kepada hospital dan kakitangan kesihatan di negara ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »