BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

COVID-19 : Singapura catat 932 kes baharu

SINGAPURA, 1 Mei  -- Singapura hari ini mengesahkan 932 lagi kes baharu jangkitan COVID-1 termasuk lima kes melibatkan warga tempatan atau penduduk tetap negara itu.

Dalam satu kenyataan di sini, Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura memaklumkan 'sebilangan besar' kes hari ini adalah daripada penghuni asrama, yang menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu meningkat kepada 17,101 kes.

Menurut MOH, perincian kes-kes tersebut sedang disediakan dan hasilnya akan dimaklumkan kemudian.

Dalam data terperinci yang dikeluarkan pada Khamis, MOH menyatakan semalam terdapat peningkatan dalam jumlah kes baharu dengan 31 kes dalam kalangan pemegang permit kerja yang tinggal di luar asrama.

"Sebilangan besar kes ini adalah pekerja dalam sektor pembinaan yang memenuhi keperluan Notis Duduk di Rumah (SHN)," jelasnya.

Pada Khamis, terdapat 528 kes baharu, tiada kes import dilaporkan. Sembilan kes dalam komuniti manakala 488 penghuni asrama dan 31 di luar asrama.

Republik itu mengenal pasti 12 kluster baharu.

Kluster terbesar ialah S11 Dormitory @ Punggol yang setakat ini mencatatkan 2,449 kes yang disahkan.

Daripada 16,169  kes setakat semalam, Singapura mengklasifikasikan 1,201 daripadanya sebagai kes komuniti, 571 kes import dan 555 kes melibatkan pemegang permit kerja yang tidak tinggal di asrama.

Sementara itu, pekerja asing di asrama merupakan kira-kira 85 peratus atau 13,842 kes daripada jumlah keseluruhan.

-- BERNAMA

Kredit gambar Lawrence Wong

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »