BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

COVID-19 :788 kes baharu di Singapura, jumlah keseluruhan 20,198 KES


SINGAPURA, 6 Mei (Bernama) -- Singapura mengesahkan sebanyak 788 kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes itu kepada 20,198.   

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan berkata majoriti daripada kes baharu itu adalah daripada pekerja asing yang tinggal di asrama dan hanya 11 kes melibatkan rakyat atau pemastautin tetap republik itu.

Maklumat terperinci kes berkenaan sedang diusahakan dan perkembangan terkini mengenainya akan dimaklumkan lewat hari ini.

Dalam data terperinci yang dikeluarkan lewat Selasa, Singapura setakat ini mengklasifikasikan 1,241 kes sebagai kes komuniti, 579 sebagai kes dari luar dan 592 kes melibatkan pemegang pas kerja yang tidak tinggal di asrama.

Pekerja asing yang tinggal di asrama merupakan 87.5 peratus atau 16,998 kes daripada 19,410 jumlah kes semalam. 
 
Republik itu juga mengenal pasti sembilan kluster baharu pada Selasa, dengan kluster terbesar S11 Dormitory @ Punggol setakat ini mencatatkan 2,525 kes yang disahkan.

Pada masa ini, 1,519 pesakit telah didiscaj dan 1,584 kes disahkan masih lagi berada di hospital dengan 24 daripada mereka dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi.

Kementerian itu berkata 16,289 kes yang mempunyai simptom ringan tetapi masih positif dalam saringan COVID-19 diasingkan dan dijaga di fasiliti komuniti.

Singapura merekodkan 18 kematian akibat komplikasi jangkitan COVID-19.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »