BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

COVID-19: 122 kes baharu dicatat, dua kematian - KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 3 Mei -- Kes baharu positif COVID-19 hari ini meningkat 17 kes berbanding semalam kepada 122 kes setakat pukul 12 tengah hari, menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara setakat ini ialah 6,298 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 52 adalah kes import manakala 70 lagi merupakan kes penularan tempatan.

“Sehingga kini, 27 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 13 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis Kebangsaan (CPRC), terdapat pertambahan dua lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 105 kes,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini.

Beliau berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,780 kes.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »