BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bunuh, mayat dicampak ke dalam parit


LUMUT, 4 Mei -- Pertengkaran antara seorang lelaki berumur 65 tahun dan seorang wanita warga emas berusia 76 tahun membawa tragedi apabila wanita itu dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam parit besar di Kampung Pasir Panjang, Sitiawan, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata suspek lelaki itu mengaku memijak wanita itu sehingga lemah dan meninggal dunia di dalam rumahnya. 

Beliau berkata polis menerima laporan mengenai mangsa yang tidak pulang ke rumah selepas keluar menunggang motosikal seorang diri kira-kira 10 pagi semalam.

Penduduk kampung mendakwa melihat wanita itu bertengkar dengan suspek di sebuah kedai runcit pada sebelah petang dan kemudiannya menemukan motosikal mangsa di dalam parit belakang rumah suspek pada 8 malam dan menghubungi polis, katanya dalam kenyataan hari ini.

“Polis telah menahan suspek dan dia juga mengaku mengusung mayat mangsa menggunakan kereta sorong sebelum mencampaknya dalam sebuah parit besar kira-kira 400 meter dari rumah.

"Pertengkaran itu dipercayai disebabkan anak-anak mangsa tidak menghormati suspek," katanya.

Noh Omar berkata mayat mangsa ditemukan dalam keadaan separuh tenggelam di dalam parit besar itu kira-kira pukul 2 pagi tadi dan mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat

Suspek direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu sisatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »