BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bukan potongan tangan manusia - Polis


MUKAH, 20 Mei -- Penemuan potongan tangan yang mirip tangan manusia di Kampung Seberang Hilir, Dalat, dekat sini, Ahad lalu, kemungkinan milik seekor kera.

Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Saga Chunggat, berkata perkara itu disahkan selepas pemeriksaan dilakukan di Hospital Mukah.

“Ia mungkin milik seekor kera,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Seorang penduduk kampung tersebut terkejut apabila menemui tangan tersebut di belakang rumahnya sekitar jam 5 petang pada hari tersebut sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Pihak polis kemudian membawa tangan kanan yang terputus itu ke Hospital Mukah untuk pemeriksaan.

Saga juga turut mengesahkan tidak ada laporan mengenai kehilangan orang di daerah itu sejak dua bulan lalu.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »