BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Buka 7 pagi hingga 10 malam.

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengumumkan waktu operasi semua sektor ekonomi yang dibenarkan di Sarawak dari jam 7 pagi hingga 10 malam.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerisi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, semua premis harus mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurutnya, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak sudah memperhalusi SOP yang akan dikeluarkan.

"Waktu operasi ekonomi bergantung perniagaan tertentu sebagai contoh premis menjual bahan binaan buka dari jam 8 pagi hingga 5 petang," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat JPBN Sarawak mengenai perkembangan terkini Covid-19 di Bangunan Dun lama, di sini semalam.

Uggah berkata, pasukan penguatkuasaan akan memantau dan membantu bagi melicinkan pelaksaan SOP yang telah ditetapkan.

Katanya, sektor ekonomi yang telah dibuka, pemakluman adalah bertujuan menentukan supaya sektor-sektor yang telah beroperasi dapat mengamalkan Garis Panduan dan SOP yang akan menyeimbangkan aktiviti ekonomi dan kesihatan. 

Dalam pada itu Uggah berkata, semua pelajar dan rakyat Sarawak yang balik dari Semenanjung, Sabah dan Labuan akan di Kuarantin di rumah selama 14 hari di bawah Akta 342 dan dipasangkan gelang digital bagi tujuan pemantauan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »