BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

BPN disalurkan kepada 10.6 juta penerima


KUALA LUMPUR, 10 Mei -- Setakat ini, jumlah penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah 10.6 juta orang yang melibatkan bayaran berjumlah RM11 bilion, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata semalam kerajaan telah meluluskan 2.3 juta permohonan BPN, termasuk permohonan baharu dan rayuan, yang melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1.7 bilion.

Selain itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei, 2020, katanya semasa menyampaikan perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan, termasuk Bernama TV hari ini.

Ini berikutan ada rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima bayaran BPN atas pelbagai sebab, antaranya maklumat yang diisi tidak lengkap.

“Ada juga yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan, tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.

“Ada juga antara yang memohon merupakan pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori pelajar, jadi permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran BPN bagi kategori bujang ditolak,” katanya.

Muhyiddin berkata selain menghantar e-mel, para pemohon yang mengalami permohonan tidak diluluskan, mereka boleh hadir sendiri ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat rayuan bermula Isnin 11 Mei, 2020.

“Bagi negeri-negeri yang bercuti esok, bolehlah pergi ke kaunter LHDN pada Selasa, 12 Mei, 2020. 

“Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan ,tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insya-Allah boleh diluluskan,” katanya.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »