BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bot ekspres zon hijau boleh beroperasi


KUCHING, 30 Mei: Bot express yang beroperasi di kawasan kategori hijau jangkitan COVID-19 di negeri ini sahaja dibenarkan mengambil dan membawa penumpang ketika sambutan perayaan Gawai Dayak ini.

Menteri Pengangkutan, Dato Lee Kim Shin berkata demikian dengan arahan terbabit telah dikeluarkan pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) baharu-baharu ini.

"Kita sudah membuka (bagi bot express beroperasi) di kawasan hijau sahaja, ini akan berterusan sehinggalah JPBNS ada membuat keputusan lain mengenainya,"katanya ketika selepas menyampaikan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 kepada pengusaha bot tambang di Tebingan Kuching, di sini, hari ini.

Kerajaan Sarawak memperuntukan sebanyak RM99,500 bagi memberikan bantuan terbabit sebanyak RM500 seorang kepada 199 pengusaha bot tambang di negeri ini yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB). 
Kim Shin berkata bot express yang beroperasi di kawasan hijau terbabit bagaimanapun tidak dibenarkan membawa bilangan penumpang sehingga kapasiti penuh bot dan hanya membawa bilangan penumpang separuh sahaja setiap perjalanan.

"Ini bagi memastikan penumpang bot express itu tidak duduk terlalu dekat dan ada ruang bagi mereka mengamalkan jarak sosial dalam bot,"katanya.

Katanya pegawai penguatkuasa Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) yang dibawah kementerian itu juga akan berada di semua terminal express bot di negeri ini bagi memantau pematuhan arahan itu sempena perayaan Gawai ini.

Selain itu, beliau juga meminta pengusaha bot express di negeri ini mematuhi semua arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan JPBNS termasuklah melakukan kerja sanitasi terhadap bot masing-masing.
tamat

Keterangan gambar:

1. Dato Lee Kim Shin (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 kepada Samat Gunjeng, seorang pengusaha bot tambang di Tebingan Kuching, di sini, hari ini. 


2. Dato Lee Kim Shin ( tiga dari kiri) bersama pengusaha bot tambang selepas menyampaikan bantuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 kepada mereka di Tebingan Kuching, di sini, hari ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »