BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Boniface Willy Tumek letak jawatan

BAU: Ketua Cabang dan Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mas Gading iaitu Boniface Willy Tumek dan Francis Teron Kadap mengumumkan peletakan jawatan berkuatkuasa hari ini.

Mereka dalam kenyataan bersama berkata, tindakan itu didorong kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti.

“PKR di peringkat kebangsaan tidak lagi memperjuangkan aspirasi asal dan sudah menyimpang daripada agenda keadilan untuk semua khususnya kepada rakyat Sarawak.”

“Pucuk pimpinan menggunakan kedudukan masing-masing untuk memperjuangkan kepentingan sendiri mengatasi matlamat asal parti. Prinsip melindungi yang menjadi tunjang perlembagaan parti turut diabaikan,” kata mereka menerusi satu kenyataan hari ini.

Mereka menambah, aspirasi kepemimpinan nasional tidak  sesuai dengan aspirasi untuk rakyat di Sarawak.

“Tidak seindah cita-cita dan semangat  Deklarasi Kuching 2012 dalam menjalankan urusan parti di Sarawak. Maka kami memutuskan  keluar dari PKR.

Boniface dan Francis berkata, keputusan letak jawatan itu sudah dibincangkandengan ahli-ahli yang lain dan kira-kira separuh daripada ahli akan mengundurkan diri pada masa terdekat.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »