BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bomba tangkap buaya sesat


MIRI: Buaya sepanjang kira-kira empat kaki berjaya ditangkap selepas dipercayai tersesat dan berada di atas jalan raya di pasar Lutong berhampiran stesen minyak Petronas, di sini malam tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng memberitahu, kehadiran reptilia itu disedari orang awam kira-kira jam 10 malam tadi apabila ia dilihat berada di atas jalan raya.
“Sebaik sahaja tiba dilokasi didapati seekor buaya lebih kurang 4 kaki panjang, berada di atas jalan raya depan kedai.”

“Pasukan Bomba menggunakan penjerut untuk menangkap buaya tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Buaya tersebut kemudian dilepaskan semula ke sungai berdekatan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »