BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bomba pantau banjir di Kampung Long Bemang

MIRI:Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan pemantauan banjir di Kampung Long Bemang bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan itu.

Pusat Gerakan Operasi(PGO) Bomba melaporkan setakat jam 7.15 pagi ini, paras air di kawasan itu naik antara satu hingga 2.3 kaki 
Trend air menunjukkan kenaikan disebabkan hujan semalam walaupun cuaca pagi ini cerah.
Setakat ini keadaan banjir masih lagi terkawal dan tiada pemindahan dilakukan.
Semua penduduk berada di rumah masing-masing kerana patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kampung Long Bemang mempunyai seramai 600 penduduk.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »