BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bomba Betong dipermainkan panggilan palsu

BETONG: Satu laporan palsu yang dibuat oleh seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab berhubung kebakaran rumah panjang mengecewakan pihak Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Betong.

Laporan melalui telefon itu yang mendakwa berlaku kejadian litar pintas di rumah panjang Kasa, Ijok, Spak dekat sini sekitar jam 10.52 malam.

BBP Betong yang menerima laporan bertindak segera ke lokasi yang dimaklumkan dengan pantas menggunakan tiga kenderaan utama jentera FRT Scania, EMRS dan pacuan empat roda.

Namun semangat membantu setiap anggota lenyap apabila tiada kejadian seperti yang dimaklumkan dan hanya satu laporan palsu.

Pegawai Operasi, BBP Betong, PBK1 Henry Jugah yang turun padang selaku Komander Operasi terkilan setelah mengetahui laporan yang diterima merupakan satu pembohongan.

"Kami bergegas ditempat yang dilaporkan namun setibanya kami dilokasi terbabit tiada apa-apa kejadian litar pintas seperti yang dilaporkan.
 
"Penghuni rumah panjang juga terkejut dengan kedatangan kami kerana mereka tiada maklum mengenai kejadian seperti yang dilaporkan.

"Tuai rumah Kasa yang dimaklumkan tentang laporan bertindak membuat pemeriksaan disekeliling rumah panjang bersama penghuni yang lain untuk mempastikan benar-benar tiada kebakaran litar pintas," katanya.

"Kami amat kecewa dengan laporan yang disampaikan oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan sengaja mempermainkan pihak kami dan seolah-olah mempersendakan seluruh anggota Bomba," ujarnya.

"Saya berharap kepada individu yang terbabit supaya jangan membuat panggilan palsu kerana tindakan anda amat merugikan kepada semua pihak. 

"Sekiranya berlaku kejadian atau musibah ditempat lain dan pada masa yang sama kami berada dilokasi yang jauh tentu ianya amat menyedihkan kerana kami terpaksa berulang alik dari lokasi yang sia-sia. 

"Buat panggilan yang betul-betul kecemasan sahaja," katanya.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »