BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Boleh sambut Raya dan Gawai sehari sahaja

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata,
Jawatankuasa Pengurusan bencara Negeri telah memutuskan garis panduan dan SOP Perayaan untuk Hari Raya dan Gawai yang hanya disambut sehari sahaja.

"Kapasiti kehadiran adalah hanya untuk keluarga terdekat iaitu jumlah tidak melebihi 20 orang sehari," katanya pada sidang media hari ini.

Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada 24 Mei ini manakala Gawai pada 1 Jun.

Uggah berkata, memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berkuat kuasa semalam yang mana 
pergerakan di antara Daerah di Sarawak perlu memohon permit secara 
bertulis dari pihak polis.

Menurutnya, bagi penjawat awam dan perkhidmatan penting yang tinggal di antara dua daerah seperti (Kuching-Samarahan) / (Kuching-Serian) / (Bau-Kuching) dan lain-lain, mereka hanya perlu menunjukan Pas Jabatan atau surat arahan daripada majikan untuk pergi 
dan balik kerja.

"Selain daripada yang tersebut di atas, mereka hendakalah memohon permit daripada pihak polis," katanya,

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »